Posts

Ayah

Pemergian .
Bukan senang kita nak hadap
Lagi lagi bila yang pergi tu mak dan ayah kita , manusia paling berharga
Sakit tu Tuhan je tau

28.1.2017

Tarikh keramat bila mana ayah dah kembali menghadap Ilahi. Yang mana aku sendiri pun macam sedar tak sedar yang aku cium hari tu adalah ayah. Wangi dan sejuk

Aku tak berniat nak cerita kan detik detik pemergian ayah . Cukup saat saat tu aku semat rapi dalam ingatan. Aku taknak jiwa aku tak redha dengan ketentuan. Aku taknak aku menangis teringat ingat kenangan dengan ayah. Menaip pun dah mengundang sebak, apatah lagi mengulang detik detik hiba tu. Cukup dengan rasa tenang dan doa untuk ayah dalam titipan doa .

Dan paling aku syukur, ayah sempat tengok cucu perempuan sulung ayah
Itu yang aku selalu doa

Ayah,
Adik lega sebab ayah dah tak menanggung sakit dah. Jumpa dekat syurga Allah nanti ya ?
Berkumpul satu keluarga macam dulu dulu

:')
Al-fatihah ayah
28 Januari 2018





seorang 'puteri'

Image
Aku ingat aku nak mulakan keaktifan aku semula dalam penulisan (tipu)
Terlalu banyak perkara nak bercerita tapi kekangan masa seorang ibu (sangat) mencemburui aku nak meluangkan masa menaip

Aku nak merakamkan kenangan melahirkan Lutfya Khadeeja dekat sini. Semoga bila aku dah mula ingat-ingat lupa, aku boleh buka dan baca semuanya dekat sini sambil aku menyulam cinta yang kian menebal dekat anak aku sendiri.

22 November 2017

Sepatutnya due date aku jadi aku beriya nak merehatkan diri so aku request doktor untuk dapatkan MC sampailahh due date . Terlalu banyak masa untuk nak rehat. Bila dah sampai 22 haribulan , aku dh gelabah. Kenapa takda tanda-tanda pun nak bersalin. Ke memang aku noob sebab taktau nak bezakan contraction sakit bersalin macam mana.

Diri pun stress sebab kawan-kawan non stop tanya dah bersalin ke belum. Dari hari ke hari, setiap hari weh. Memang la aku stress. Tapi aku masih bertenang jugak sebab kalau diikutkan mak aku bersalinkan kami dua beradik memang over due. A…

kelakar

Seorang lelaki yang kononnya susah nak move on dengan aku dedulu , dia cakap  "kalau kawin dengan you , mesti kena kawin awal"
Entah kenapa aku rasa nak mengamuk memula dia cakap macam tu ye la satu sebab aku tak hingin pun dekat dia , kedua sebab aku memang dh nak kawin time tu Dan aku pun rasa macam "siapa cakap aku nak kawin dengan kau anat?" 
Tak sampai setahun pun lepas dia cakap tu Dia bagi jemputan kawin
Nasib aku tak pergi kenduri dia kalau tidak , mau je aku gelakkan depan muka dia 
Jangan sebab cinta kau ditolak , kau bagi jawapan bangang macam tu  Jodoh ajal , kita takkan boleh pilih bila

Ingat *senyum sinis*

setahun jagung

Dah setahun rupanya
Aku menggalas tittle seorang isteri kepada Amir Asyraf
Aku bebelkan dia yang selalu lupa tutup pintu almari baju
Aku masakkan yang sesedap untuk dia (eh sedap ke?)
dan
Ah sampai dah lupa nak menulis nak bercerita macam mana

Sekejap sangat masa berlalu

Teringat masa kitorg mula mula nak bina keluarga dan menyewa dulu, first house orang kata. Teringat daifnya rumah tu sebab rangka tingkap dekat dapur dh reput kalau jentik pun boleh jatuh ke bawah, tetiba ada tandas dekat luar dapur, rumah penuh anai-anai sampaikan makan kayu katil. Dah satu hal nak mengangkut tilam tidur dekat rumah tamu. Rumah pulak scary lain macam. Nak pulak peti ais tuan rumah tinggalkan tu berkarat mashaAllahhh taktau nak cakap. Dengan bahangnya rumah tu even dah bukak kipas selaju yang boleh . Bahang yang macam duduk dalam oven kau tahuuuu??

Bila ingat balik , selekehnya dulu. Tapi lumrah la , nak start hidup berumahtangga ni bukannya semua terus lengkap . Dan Allah mendengar doa aku , tak samp…

REZEKI 2017

Image
Kalau nak bercakap pasal rezeki ni sebenarnya terlalu luas. Daripada sekecil kecil pemberian dan nikmat itu adalah rezeki. Macam tu jugak rezeki yang dh dijanjikan untuk pasangan yang nak membina keluarga. Rezeki tahun ni mencurah-curah. Alhamdulillah

Rezeki yang aku maksudkan tu first dapat duduk sebumbung dan aku dah tak perlu nak berdrama air mata mengadu penat drive tetiap minggu dengan keadaan aku nak membawa perut ni untuk balik jumpa suami. Jadi amir cakap "No issue dah lepas ni eh?" hihi
Second , Bila aku dah disahkan mengandung dan amir dah berangan nak ajar anak dia itu ini . Bila dah pregnant ni mood daripada garang menjadi lebih garang (sorry husband) . Semoga aku takda nak mengidam naik UFO atau apa
Third, Kami bertungkus lumus bina hidup berdua di bawah satu bumbung. Fuhhh cabarannya bukan biasa biasa. Dulu even dah kawin duduk rumah bujang nak mengangkang macam mana besar lepas kerja pun takda siapa peduli. Once dah duduk berdua ni totally berubah , tanggungja…

seorang isteri

HELLO


It's been awhile since my last entry . Sebelum kahwin kauu , Sekarang ni dah jadi pengantin basi tapi masih dapat hadiah kahwin .

Lega ! Itu je perasaan aku sekarang . Apa yang aku dan amir serabutkan beberapa bulan lepas dah pun selesai termasuk la kenduri sambut menantu sebelah amir . Dua kali lafaz jugak la punya gabra laki aku masa tu kena genggam dengan tok kadi . Alhamdulillah , kali kedua aku selamat memegang title seorang isteri kepada Amir Asyraf .

Lepas dah settle kedua dua kenduri aku dgn amir ambik tempoh bertenang dan aku rasa perancangan kami ni cun cun je la sebab kenduri sebelah perempuan November , kenduri sebelah amir Disember dan kitorang honeymoon Januari . Banyak betul tempoh bertenang tapi berderet deret . Letih tu jangan cakap la sampai amir cakap "bila nk habis ni?"

Aku dengan amir buat masa ni dalam PJJ , baru kahwin dah kena berjauhan . Dulu becinta lagi la jauh Kedah - Selangor . Menggeletor lutut punya rindu nak bertentang mata . Nasib a…

Kahwin

Aku tengah serabut sekarang . Maybe seketul Dalila tak suka nk bersusah dan berleceh untuk sesuatu majlis even majlis sendiri. Orang kata nk kahwin ni kena la excited tapi aku tak,aku rasa serabut sebab aku tak pakar dalam nk handle apa apa benda. Nak pulak procedure nikah dkt Malaysia ni kemain banyak cekadak dia . Tak consider langsung aku yg kerja jauh namati daripada daerah sendiri. No wonder ramai nikah dkt sempadan balik dan hanya bayar denda . Nak pulak kalau Kedah kena hantar cukup sebulan sebelum tarikh. Mengucap panjang la aku memikirkan peraturan manusia yang nk senang banyak ni .Ramai ramai yg aku tengok semuanya buat checklist bagai nak rak. Tapi aku masih bertenang dengan checklist-simple-nak-mampus dalam hand phone. Ya aku tau I'm so that easy . Yang mana aku rasa aku ingat aku tulis . Dan proses dah hampir 60-70% aku rasa. Semua tunggu nk siap dan collect. Bukanlah nak cepatkan tarikh nikah sebab gediknya nak ada suami tapi sebab aku malas nak serabutkan kepala den…