Kahwin

Aku tengah serabut sekarang . Maybe seketul Dalila tak suka nk bersusah dan berleceh untuk sesuatu majlis even majlis sendiri. Orang kata nk kahwin ni kena la excited tapi aku tak,aku rasa serabut sebab aku tak pakar dalam nk handle apa apa benda. Nak pulak procedure nikah dkt Malaysia ni kemain banyak cekadak dia . Tak consider langsung aku yg kerja jauh namati daripada daerah sendiri. No wonder ramai nikah dkt sempadan balik dan hanya bayar denda . Nak pulak kalau Kedah kena hantar cukup sebulan sebelum tarikh. Mengucap panjang la aku memikirkan peraturan manusia yang nk senang banyak ni .

Ramai ramai yg aku tengok semuanya buat checklist bagai nak rak. Tapi aku masih bertenang dengan checklist-simple-nak-mampus dalam hand phone. Ya aku tau I'm so that easy . Yang mana aku rasa aku ingat aku tulis . Dan proses dah hampir 60-70% aku rasa. Semua tunggu nk siap dan collect.

Bukanlah nak cepatkan tarikh nikah sebab gediknya nak ada suami tapi sebab aku malas nak serabutkan kepala dengan hal hal remeh,tenaga dan masa. Ikutkan hati nak je aku ajak amir kahwin koboi. Lepas tu baru fikir kenduri dan sebagainya. Tapi tak mungkin la sebab adat dan budaya , lagipun mak ayah masih ada . So aku kena la buat apa yang patut

Dah habis nikah dan selesai kenduri semua baru la aku akan fikir untuk tulis entry pasal kenduri aku dari A sampai Z .

Nak menaip pun aku malas . Kau apa tau?

Comments

Popular posts from this blog

seorang isteri

REZEKI 2017