seorang isteri

HELLO


It's been awhile since my last entry . Sebelum kahwin kauu , Sekarang ni dah jadi pengantin basi tapi masih dapat hadiah kahwin .

Lega ! Itu je perasaan aku sekarang . Apa yang aku dan amir serabutkan beberapa bulan lepas dah pun selesai termasuk la kenduri sambut menantu sebelah amir . Dua kali lafaz jugak la punya gabra laki aku masa tu kena genggam dengan tok kadi . Alhamdulillah , kali kedua aku selamat memegang title seorang isteri kepada Amir Asyraf .

Lepas dah settle kedua dua kenduri aku dgn amir ambik tempoh bertenang dan aku rasa perancangan kami ni cun cun je la sebab kenduri sebelah perempuan November , kenduri sebelah amir Disember dan kitorang honeymoon Januari . Banyak betul tempoh bertenang tapi berderet deret . Letih tu jangan cakap la sampai amir cakap "bila nk habis ni?"

Aku dengan amir buat masa ni dalam PJJ , baru kahwin dah kena berjauhan . Dulu becinta lagi la jauh Kedah - Selangor . Menggeletor lutut punya rindu nak bertentang mata . Nasib ada skype dalam la tengok lubang hidung buat lepas rindu. Masuk tempoh bertunang okay sikit by 2 weeks dapat jumpa sebab aku dah pindah ke Putrajaya . Sekarang dah kahwin , hujung minggu je la dapat merasa duduk celah ketiak suami. Tapi aku percaya perancangan Allah tu dah tersusun cantik , mungkin belum sampai masa aku nak sebumbung dengan amir . Keep calm and have faith ! Allah sebaik baik perancang.

Dah masuk 2 bulan lebih ni aku masih lagi tak percaya bila bangun pagi ada orang dekat sebelah , orang yang paling kita sayang, orang yang buat kita bahagia . Dulu skype je sekarang ni kentut pun boleh bau siap boleh bluetooth bontot ke bontot . Dan aku masih lagi rasa macam aku dengan amir belum kawin , rasa macam baru bercinta (sekarang pun bercinta lagi) tetiba dah sekatil . Eh ?

Lepas dah 4 bulan jadi isteri alhamdulillah dah on the way aku nak bergelar ibu . Tetiba rasa macam eh macam baru je masuk umur 21 tetiba dah masuk 24 dan dah nak jadi ibu . Rezeki lepas kahwin , rezeki anak , dan rezeki juga bila amir dah dapat kerja baru yang mana kami dah boleh hidup sebumbung. See ? Kan aku cakap rezeki itu datang satu per satu . Bukan sekali gus macam yang kau mimpikan . So aku dah boleh buat persediaan untuk menjadi seorang isteri yang kena masak untuk suami , seorang ibu yang bersengkang mata jaga anak tengah malam . Semua tu pengalaman yang kau takkan rasa sebelum kahwin .

Orang kata kalau dh berlaki ni dah takda homesick tapi aku rasa aku lagi teruk homesick lepas dah kahwin sampai menangis tersedu sedu mengadu rindu mak . Bukan amir tak kasi aku balik Kedah tapi disebabkan keadaan , aku terpaksa tangguh dulu nak balik Kedah . Dalam mimpi la amir nk izin aku balik sorang nak pulak bila dalam keadaan aku yang mengandung sekarang .

Dulu masa bujang kalau kau rasa nak balik tengah malam pun kau punya pasal la tapi dah berlaki ni tak boleh nak buat ikut suka hati , tak boleh tetiba beli tiket nak balik kampung , Strictly NO bila husband cakap NO . Jenis aku , aku tak kisah pun kalau balik rumah mak sorang sorang tapi tak bagi amir. Bagi dia , dia nak ada sekali dengan aku .

Homesick lepas kawin ni betul betul terseksa jiwa raga . Selalu sangat menangis rindu kampung . Bila amir dah risau tengok aku menangis bagai nak rak dia ajak balik aku tolak habis habis . Aku dah tak boleh pentingkan diri , aku dah tak boleh nak balik-bila-aku-suka . Banyak benda aku nak kena utamakan sebelum diri aku sendiri . Itu lah sebuah perkahwinan .

Perkahwinan itu pengorbanan !






Comments

Popular posts from this blog

REZEKI 2017

Kahwin