REZEKI 2017

10:22 PM

Kalau nak bercakap pasal rezeki ni sebenarnya terlalu luas. Daripada sekecil kecil pemberian dan nikmat itu adalah rezeki. Macam tu jugak rezeki yang dh dijanjikan untuk pasangan yang nak membina keluarga. Rezeki tahun ni mencurah-curah. Alhamdulillah


Rezeki yang aku maksudkan tu first dapat duduk sebumbung dan aku dah tak perlu nak berdrama air mata mengadu penat drive tetiap minggu dengan keadaan aku nak membawa perut ni untuk balik jumpa suami. Jadi amir cakap "No issue dah lepas ni eh?" hihi

Second ,
Bila aku dah disahkan mengandung dan amir dah berangan nak ajar anak dia itu ini . Bila dah pregnant ni mood daripada garang menjadi lebih garang (sorry husband) . Semoga aku takda nak mengidam naik UFO atau apa

Third,
Kami bertungkus lumus bina hidup berdua di bawah satu bumbung. Fuhhh cabarannya bukan biasa biasa. Dulu even dah kawin duduk rumah bujang nak mengangkang macam mana besar lepas kerja pun takda siapa peduli. Once dah duduk berdua ni totally berubah , tanggungjawab bertambah untuk uruskan keluarga. Itu belum ditambah dengan tanggungjawab nak membebel bila amir masak nasi lembik . Alahai suami :')

Forth,
Belum cukup sebulan , aku dapat call daripada BPH yang tawarkan aku kuaters. Bermakna kami akan berpindah sekali lagi. Dalam rezeki ada ujian yang Allah bagi . Berpindah di bulan puasa ni bukan calang calang dia punya penat. Tapi alhamdulillah bila mama and the geng datang tolong kemas rumah . Thanks korang :')

Lepas satu, satu Allah bagi rezeki yang dijanjikan. Macam tu jugak doa doa yang selama ni aku tangiskan. Hidup sebumbung, amir dapat kerja lebih stabil, pregnant dan masuk rumah baru.
Alhamdulillah , kita kena percaya pada rezeki . Tak kisah la yang belum berkahwin ataupun dah beranak pinak . Allah tahu bila waktu yang sesuai untuk rezeki tu datang . Bukan sekali gus tapi satu per satu

Till then






You Might Also Like

0 comments